Sunday, April 5, 2009

BN Terdesak, gadis seksi pancing undi BN

Guru berpolitik dengan bersyarat - Hishammuddin

PULAU PINANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan cadangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang dalam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.
"Cadangan saya itu bersyarat, semangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan UMNO, ia bermula dengan semangat guru-guru.

"Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik.

Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) akan melepaskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini. sumber:kosmo online.

Naib Presiden PPP Masuk PKR!

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyertai KeADILan.

Bersama penyertaan beliau itu ialah 6,000 ahli PPP di Kedah sekaligus membubarkan enam daripada 11 bahagian parti itu di Kedah iaitu Bahagian Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Daripada jumlah itu, seramai 1,500 ahlinya adalah dari Dun Bukit Selambau.

Turut mengisytiharkan menyertai KeADILan ialah ahli-ahli Umno dalam Dun Bukit Selambau dari Cawangan Kampung Jerai yang diketuai oleh Ketua Cawangan tersebut, Marzuki Md Akib dan masyarakat Siam dari Bukit Selambau diketuai Nao Bai Seong.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Cina Hock Seng, di sini malam tadi dan borang keahlian telah diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 10,000 hadir memenuhi dewan dan pekarangan tempat tersebut malam tadi. - mks. _

Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved