Tuesday, March 31, 2009

UMNO/BN dilihat terus menyalah gunakan RTM

RTM 1 sememangnya telah menjadi media rasmi dan propaganda UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di PRK kali ini. Sedikit analisis dari sudut masa rancangannya untuk berkempen dibuat. Merujuk dari laman web RTM dan melihat intisari rancangan untuk 31hb Mac. Rancangan RTM 1 bermula pada pukul 5.00 am dan rancangan terakhir pada 4.30 am. Berikut adalah anggaran masa yang digunakan oleh RTM 1 untuk berkempen.
.

5.00-5.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

6.00-6.07 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

7.00-7.30 am – NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

7.30-9.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 30 minit untuk kampen

9.00-9.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

9.05-10.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 2 minit untuk kempen

10.00-11.00 am – LANGSUNG DARI PARLIMEN : 30 minit untuk kempen

11.00-11.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

12.00-12.20 pm – NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen

1.45-2.00 pm – NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen

2.00-2.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

3.00-3.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

4.00-4.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

5.00-5.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

6.00-6.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

7.30-8.00 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

8.00-8.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

8.30-9.00 pm – WILAYAH@1 : 10 minit untuk kempen

9.00-9.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

9.30-10.30 pm – BICARAWARA: ISU : 60 minit untuk kempen

10.30-11.00 pm – PARLIMEN@1 : 15 minit kempen

11.00-11.05 pm - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

12.00-12.30 am - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

12.30-1.30 am – DILUAR GELANGGANG BERSAMA SAYED MUNAWAR : 60 minit untuk berkempen

2.00 – 2.20 am - NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen

3.00-3.05 am - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

4.00 – 4.15 am - NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen

.

Sekiranya kita mengkaji dan mengira secara purata, RTM 1 memperuntukan masa sekurang-kurangnya 233 minit untuk berkempen. Ini bermakna selama 24 jam bersiaran, RTM 1 telah memperuntukkan hampir 4 jam untuk berkempen. Manakala dari sudut peratusan, didapati RTM 1 telah memperuntukan 16.7% masa khusus untuk berkempen. Ini membuktikan bahawa RTM 1 adalah pencacai utama kempen UMNO/BN. Media RTM akan terus menerus menyiarkan propaganda bagi memperbodohkan rakyat. Namun begitu rakyat telah muak dan loya dengan media UMNO/BN ini. Ini adalah kerana RTM langsung tidak ada integriti dan penyebar berita yang tidak benar.


(sumber:http://islamreturn.blogspot.com/)

Kuliah & Liqa’ bersama Ust. Yusof Embong di Surau Riyadhussolihin

Pada 26 Mac 2009, kami ke Surau Riyadhussolihin untuk kuliah maulidurasul & liqa’ bersama Ust. Yususf Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang).

dsc01102edited

Antara lain diterangkan tanggungjawab umat Islam adalah meyakini kepimpinan Rasulullah s. aw., selain taat & cinta kepada Baginda s.a.w.

Juga diterangkan perihal karekteristik manusia-manusia jahat di dalam al-Quran ;

Firaun: Pemerintah diktator yang mempunyai kuasa mutlak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya & menganggap dirinya mengatasi undang-undang.

Haman: Menteri yang mengampu Firaun

Qarun: ahli korporat yang membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan mengaut keuntungan yang lebih besar tanpa mempedulikan penderitaan orang ramai.

Sekiranya dibandingkan, kita dapat lihat bahawa mereka yang bersifat seperti 3 manusia durjana ini masih wujud hingga kini.

Selepas solat Isyak, dalam liqa’ kami bersama Ust. Yusof Embong, beliau menerangkan bagaimana konsep PAS Untuk semua, seperti juga Islam, semakin diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum & latarbelakang.

dsc01103edited

Beliau juga mengingatkan kami tentang pentingnya untuk sabar, sebab kita akan menghadapi pelbagai tribulasi & halangan dalam dakwah.

Diterangkan juga bahawa Nabi s.a.w. mengaitkan kegilaan kepada harta akan membawa kehancuran kepada seseorang.Oleh itu, buatlah kerja masing-masing, kejarlah impian masing-masing, tapi dakwah jangan ditinggalkan.

Ustaz Yusof Embong sangat dikenali sebagai pendakwah yang kreatif menggunakan kemahiran IT beliau untuk menyampaikan Islam. Beliau juga tidak lokek berkongsi segala powerpoint & bahan-bahannya dengan orang lain supaya perkara yang baik itu sentiasa dipanjangkan untuk faedah semua orang.

Terimakasih UYE. Hanya Allah saja yang bisa membalas kebaikanmu.


dsc01106edited

(sumber:http://inksensei.wordpress.com/)

Monday, March 30, 2009

Liqa' Bersama Ustaz Wan Ismail Che Dagang




Ust. Wan Ismail Dagang
Ust. Wan Ismail Dagang


Pada 25 Mac 2009 yang lalu, berlangsung satu Liqa’ (pertemuan) dengan Ustaz Wan Ismail Dagang (Timbalan ketua dewan ulama PAS Terengganu) di Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah (PPPNS).


Terlalu banyak ilmu maklumat & ilmu yang disampaikan Ust. Wan Ismail pada malam itu, & cara penyampaiannya yang santai menjadikan kami senang memahami.


Dalam perkaitannya dengan perkara yang banyak berlaku sekarang, beliau antara lain menerangkan tentang binasanya umat-umat terdahulu seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran apabila orang berkuasa yang buat salah tidak dihukum, sedangkan pada masa yang sama orang biasa yang buat salah dihukum. Ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. dimana Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menyatakan “seandainya Fatimah yang mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.”


Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. sentiasa mempunyai visi untuk masa depan & berpandangan jauh, sebagaimana Baginda s.a.w. pernah menjanjikan gelang maharaja Parsi kepada Suraqah, & Baginda s.a.w. juga menyatakan bagaimana Constantiniah (nama Arab bagi Constantinopel) akan ditakluk oleh orang yang terbaik, yang mana ia menjadi kenyataan bila seorang pemuda berusia 20 tahun, Sultan Muhamad al-Fateh membuka Constantinopel menjadikannya Islambul (sebelum ditukar oleh si atheis Kamal Attartuk).


Selain itu, Ust. Wan Ismail juga menerangkan bagaimana sejarah perlu dibaiki semula kerana terlalu banyak fakta yang telah diubah oleh penjajah Inggeris/ orang-orang kafir. Mereka juga telah banyak melakukan kerosakan selain menghapuskan peundangan Islam sepertimana yang telah berlaku di Melaka yang nama asalnya Malaqa atau Multaqa yang bermaksud tempat pertemuan.


Antara perkara yang sangat diingati ialah bila Ust. menerangkan yang ‘orang yang kerana (dakwah) dia orang lain tak menentang Islam, & kembali kepada Islam, maka Nabi s.a.w. menyatakan Allah s.w.t. akan memberinya baginya pahala 100 orang mati syahid.’ Antara sebabnya ialah orang syahid membunuh orang yang hidup, tetapi orang yang berdakwah menghidupkan orang yang sudah mati (hatinya).


Wallahualam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada pendakwah-pendakwah yang ikhlas menyebarkan kebenaran, di mana sahaja mereka berada. Amin.


( sumber ainksensei.wordpress.com)

Wednesday, March 25, 2009

Jamboree AMAL Peringkat Negeri Sabah 2009

Bermula pada 20 Januari dengan penyerahan keluarga angkat, Jambori AMAL Peringkat Negeri Sabah secara rasmi berjalan seperti yang dirancangkan. Kg Binawou Tengah antara kebanyakkan kampung yang terletak di Daerah Sook menjadi lokasi pilihan Jambori kali ini. Dianggarkan sebanyak 90 orang peserta daripada pelusuk negeri Sabah berkampung selama 3 hari 2 malam.Memenuhi objektif program kali ini untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara seaqidah, peserta yang terlibat telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing, orang kampung Binawou Tengah.



Kedatangan peserta Jambori AMAL pada petang jumaat 20 April disambut dengan begitu baik oleh orang-orang kampung. Sebaik sahaja saja konvoi pertama memasuki kawasan perkampungan, dari jauh lagi kelihatan makcik-makcik tengah bertungkus lumus menyiapkan juadah makan malam untutetamu dari jauh ini. Tidak cukup sekadar itu, kami betul-betul rasa bertuah kerana dihidangkan pula dengan daging masak ala Kg Binawou walaupun pada mulanya perbincangan dengan orang kampung hanya makan mee sahaja. terima kasih daun keladi, budimu tuan kami semat dihati.





Hari ke dua pada sebelah pagi, para peserta seperti yangdijadualkan berkumpul di kawasan lapang berhadapan dengan Surau. Perhimpunan pada pagi itu, dimulakan dengan alunan Al Asma-ul Husna, lagu Negaraku dan lagu Al Amal. Setelah mendengar beberapa taklimat tentang tugasan yang akan dilakukan, pemeriksaan barisan oleh Ustaz Jamsari selaku ketua Jabatan AMAL pusat. Selepas itu, barulah para peserta memulakan tugas menyiapkan beberapa keperluan untuk aktiviti rempuh halangan pada sebelah petang nanti.




Pada hari terkahir, sebagai satu simbolik cita-cita Jabatan AMAL untuk memberi khidmat kemasyarakatan yang terbaik kepada semua lapisan di bumi Sabah ini, majlis janji setia diadakan dimana beberapa orang perserta ALP mengangkat janji setia. Selepas itu, Ustaz Jamsari ditemani Cikgu Anuar bertolak pula ke Tenom untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada penggerak-penggerak dakwah disana agar terus istiqomah dalam melakukan kerja-kerja Islam. Selepas Tenom, Ustaz Jamsari bertandang pula ke Tambunan atas jemputan beberapa orang pengerak-penggerak dakwah disana untuk berkongsi sedikit pengalamannya ketika melakukan khidmat kemanusiaan di Gaza ketika perang sedang berkecamuk hingga sekarang. Alhamdulillah, sambutan cukup memberangsangkan.

Friday, March 6, 2009

Sekitar Ceramah YB Abd Wahid Endut di Kota Kinabalu

Khamis 5 Mac 2009- Kota Kinabalu telah didatangi oleh YB Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu dalam rangka lawatan sempena kemenangan beliau yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
.
Ceramah YB Abd Wahid Endut di Palace Hotel, Kota Kinabalu
.
Program Ceramah Umum beliau bermula pada pukul 8 mlm di Hotel Palace, KK. Turut bersama malam itu, rakan-rakan pimpinan PR dari PKR & DAP. Banyak maklumat & pendedahan telah disampaikan oleh para pimpinan PR pada malam itu terutama mengenai isu Perak, keadilan dan lain-lain. Tuan Hj. Ansari sebagai contoh, banyak mendedahkan bagaimana kerajaan membelakangkan undang-undang untuk survival mereka dalam satu ‘desperate moves’ untuk merampas kuasa.

Hadirin yang hadir
.

Antara hadirin yang hadir

YB Abdul Wahid juga telah mendedahkan pelbagai perkara selain menceritakan pengalamannya & PAS dalam menghadapi tekanan berat sebelah & bagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum ini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meringankan beban rakyat.
Saya tertarik dengan 5 pesanan YB Abdul Wahid berhubung perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pertama ialah, ‘jangan cari musuh, & jumpa musuh jangan lari.’ Kedua, istiqamah, iaitu usaha & semangat yang sentiasa berterusan, tak kira dalam keadaan susaah atau senang. Ketiga, hendaklah berserah kepada Allah, tawakal & sentiasa percaya kepada pergantungan kepadaNya. Keempat, jangan berpecah, elakkan permusuhan sesama sendiri & sentiasa bersatu. Yang kelima-sabar. Perjuangan mungkin akan mengambil masa yang lama, menghadapi pelbagai cabaran & rintangan.

Kaunter JoM Sertai PAS turut dibuka

Unit Penerangan
Pemuda PAS Pantai Barat
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved