Thursday, January 8, 2009

Kenyataan Media DPP Sabah: Mengarahkan mengadakan solat hajat berterusan.


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang ternyata biadap dengan melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza walaupun mendapat kecaman antarabangsa. Serangan ini membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas yang sebenar, kerana melancarkan keganasan tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin dan menggesa agar umat Islam menunaikan solat hajat secara berterusan.

Sehubungan dengan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut menggesa kepada para penyokong PAS memohon doa dan munajat agar diberi kemenangan kepada calon PAS. Solat hajat ini diminta agar dilakukan berterusan sehingga hari pengundian iaitu 17hb Januari ini.

Sdr Anuar Ali
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved