Tuesday, August 14, 2012

PAS Sabah mahu dua penulis anggotai panel RCI

KOTA KINABALU: PAS Sabah menggesa kerajaan pusat sebagai memasukkan dua pengarang yang menulis secara meluas mengenai ledakan luar biasa penduduk Sabah dalam panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di negeri ini.

Mutalib Muhd Daud dan Dr. Chong Eng Leong telah menulis beberapa buah buku mengenai topik tersebut. Mutalib adalah anak kelahiran Kedah yang kini menetap di Sabah, manakala Chong menulis buku ketika beliau menjadi pemimpin PBS. Chong kini bersama PKR.

 
Ketua Publisiti Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan


"Mutalib dan Chong telah terlibat dalam menulis pendedahan mengenai isu pendatang haram di Sabah," tegas Mohd Firdaus.


Beliau berkata seorang lagi tokoh pakar yang penting kepada panel tersebut ialah Tan Sri Simon Sipaun, yang telah melakukan penyelidikan terhadap topik tersebut ketika berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


"Tidak ada seorang pun yang terbabit dalam siasatan tersebut yang benar-benar boleh mewakili rakyat Sabah," katanya.

Sumber: Malaysiakini 

No comments:

Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved