KOTA KINABALU, 7 Mac: Bela Tabah Rakyat Sabah (Tabah)
hari ini memberitahu Himpunan 123 Bangkit pada Isnin depan telah
mendapat ‘lampu hijau’ oleh pihak polis.
Pengerusinya, Hisammuddin Sulaiman berkata, kebenaran itu daripada
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria dalam satu perjumpaan
di sini, kelmarin.
“Kami telah mendapat maklum balas dan pandangan positif mengenai
perhimpunan ini dan lampu hijau yang diberikan itu adalah sesuatu yang
baik untuk rakyat Sabah menyuarakan pandangan,” katanya dalam satu
sidang media.