MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAU
MENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN
DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapan
yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan
Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulau
Montukod,
Mengalum dan Pandanan (rujuk: http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masih
mendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yang
konkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara.
Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku
pertukaran tanah atau “land swap” antara Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum
sedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kini
telah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan
kerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangat
bernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individu
yang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut!
Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilik
kepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulau
berkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hak
NCR di Pulau Pendanan Kecil, Datu
Pangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambil
tindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit.
Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini boleh
dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.
DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana Pulau
Montukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual di
Pasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian.
Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuan
membangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak saja
diserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurus
beberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran dan
Pulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihak
Asing.
DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulau
tersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apa
tindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentingan
bersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur boleh
menguatkuasakan Seksyen 42,
Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap
penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu
menguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagi
menjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulau
yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatan
negara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatif
dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.
Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaan
menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian
terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.
Lahirul Latigu
Ketua Dewan Pemuda Pas
Sabah
(019-3692597)