Menurut beliau lagi sebagai anak jati negeri ini kita mesti mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini bagi menyedarkan segenap lapisan masyarakat bahawa kini sudah tiba saatnya untuk kita semua bangkit dari belenggu rantai kezaliman umno/bn yang telah menyebabkan negeri ini terus tersenarai sebagai antara negeri yang termiskin di Malaysia sedangkan hakikatnya kita kaya dengan hasil bumi kurnian Ilahi.
Kita juga menaruh harapan yang tinggi bahawa suara dari Sabah akan lebih didengari oleh pimpinan pemuda di peringkat pusat setelah kita menerima pengesahan bahawa akan ada wakil dari Pemuda PAS Sabah yang akan dilantik untuk menganggotai AJK Pemuda PAS Pusat.
Justeru, Sdr. Salaman juga menyeru agar semua jentera pemuda mulai fokus untuk mengumpul segala masalah dan penderitaan rakyat Sabah bagi disalurkan kepada pimpinan pusat dan juga untuk menerangkan kepada rakyat matlamat dan halatuju perjuangan PAS! Semoga mesej PAS Untuk SEMUA akan subur di bumi tercinta ini!