KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) bercadang mengadakan perhimpunan aman Bangkit 2.0 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Setiausahanya, Lahirul Latigu berkata,
perhimpunan itu sebagai menyahut saranan ACP Ahmad Sofi Zakaria, Ketua
Polis Kota Kinabalu semasa 123 Bangkit pada 12 Mac lalu mengenai lokasi
perhimpunan yang dibenarkan.
Katanya, Menurut Sofi, lokasi yang dibenarkan bagi perhimpunan aman
di sekitar Kota Kinabalu ialah sama ada di Stadium Likas atau di Padang
Merdeka, dekat Kota Kinabalu.