KOTA KINABALU, 11 Jan: Para pemimpin Umno Barisan
Nasional di negeri ini diingatkan tidak memperalatkan kemaslahatan dan
kesempitan rakyat sebagai medan meraih undi dan populariti.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar)
menegaskan bahawa politik ugut mengugut dan ‘hanya Umno yang bagi
makan’ perlu dihindarkan selagi mana keyakinan dan keesaan yang tinggi
kepada Allah.
“Rosak Umno BN yang ada pada hari ini bukan disebabkan kepimpinannya
yang lemah. Bukan juga faktor ketandusan kepimpinan yang baik.