KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada UMNO/ BN.
Ketuanya,
Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat
oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa UMNO/ BN juga
ditolak oleh pemimpinnya sendiri.
“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada UMNO/ BN.
“Ini
merupakan petanda bahawa, UMNO/ BN tidak hanya ditolak oleh rakyat
tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,”
katanya.
Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa
Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi
membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.
“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.
“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin UMNO/ BN,” ujar Lahirul.
Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dari UMNO/ BN dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.
Desas
desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim
menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk
John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat
termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tambah Lahirul, sifat
pemimpin UMNO/ BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang
telah memberi kuasa kepada UMNO/ BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.
“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada UMNO/ BN bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan UMNO/ BN mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment