KOTA KINABALU, 28 Dis:
PAS Sepanggar hari ini mengucapkan selamat
berjaya kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan
menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula minggu hadapan.
Ketua
Penerangan, Mohd Julpikar Abd Mijan menerusi kenyataannya memberi
sokongan dan galakkan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan
tersebut.
"Kepada mahasiswa UMS, semoga berjaya dalam peperiksaan.
"Semoga beroleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang," doa beliau.
Beliau
turut menasihatkan mahasiswa agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan
melakukan persiapan awal bagi memastikan perjalanan untuk menduduki
peperiksaan berjalan dengan baik.
"Persiap diri dengan segala kemudahan yang ada. Usaha dan banyakkan berdoa.
"Kejayaan sudah dihadapan, cumanya menanti usaha diri anda," katanya.
No comments:
Post a Comment