Sunday, January 17, 2010

Dekati Golongan Muda

Kota Kinabalu, 17 Jan – Dekati golongan muda dan mantapkan persiapan gerak kerja menjelang PRU-13 antara agenda besar yang mesti diberikan fokus oleh Pemuda PAS Sabah dalam dialog bersama antara Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menekankan agar pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan muda dengan mempelbagaikan aktiviti dalam usaha mendekati golongan ini.

Beliau berkata, moto “orang muda geng kita” yang telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat perlu disesuaikan mengikut suasana dan beliau yakin PAS mampu memikat hati anak muda di Sabah.

Disamping gerak kerja pilihanraya, beliau juga mengingatkan agar pemuda PAS mesti memperkasa tarbiah kerana ia merupakan elemen penting dalam gerakan Islam untuk memastikan fikrah ahli gerakan tidak mengalami kecelaruan.

“ Kita mengingatkan kembali pemuda agar sentiasa meningkatkan ilmu gerakan Islam melalui wasilah-wasilah tarbiyah seperti usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain.

Tambah beliau lagi, pemuda PAS Sabah mesti mencari kaedah bagaimana hendak menggerakkan golongan ustaz yang begitu ramai di Sabah kini agar dapat digerakkan untuk mengembangkan dakwah Islam kepada masyarakat di sini yang rata-ratanya sangat memerlukan golongan sebegini.


Sesi bergambar selesai sesi dialog


Sebelum majlis dialog tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah turun ke Pasar Tamu Putatan untuk mengedar risalah disamping beramah mesra dengan pengunjung dan penjual di Tamu tersebut.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat yang terdiri daripada Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani; Setiausaha, Kamaruzaman Mohamad ; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat ; Bendahari, Mohd Adram Musa ; Penolong Setiausaha 3, Ir Muhd Khairil Nizam serta beberapa exco akan berada di Sabah dalam rangka gerak kerja selama 4 hari bermula pada 14 Januari dan akan bertolak pulang pada 18 Januari.

Monday, January 11, 2010

SIDANG MEDIA BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN PIMPINAN SEKRETARIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT SABAH

Pelbagai isu yang melanda senario politik tanah air ketika ini terus meletakkan umno dalam kandang orang bersalah. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh media yang dikuasai kerajaan barisan nasional untuk menyerang dan melemahkan Pakatan Rakyat pada masa sama cuba mengalihkan pandangan umum terhadap pelbagai isu keruntuhan integriti pemimpin barisan nasional.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menjemput rakan-rakan wartawan dan orang ramai ke sidang media dan ceramah umum untuk membuat liputan berkenaan isu-isu terkini politik tanah air seperti di bawah:


• Isu penggunaan kalimah Allah
• Isu kehilangan enjin jet pejuang
• Isu Tuan Guru Nik Aziz
• Isu kenaikan Harga Gula
• Isu Pembentangan Bajet Belanjawan Negara


1) Sidang Media
Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Hotel Deleeton
Masa : 9.30 pagi hingga 10.30 pagi



2) Ceramah Umum
Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Pusat Penerangan Pakatan Rakyat, Universiti Apartment
Masa : 8.30 malam
Penceramah : Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sdr. Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Sdr. Abdul Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan
Sdr. Teddy Yang, Ketua DAPSY


Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat PKR cabang Tuaran
Masa : 8.30 hingga 11.30
Penceramah : Ustaz Nasahrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Hj Ansari Abdullah, Ahli Pimpinan Tertinggi PKR Sabah
YB Dr Hiew, MP Kota Kinabalu






Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Perkarangan rumah ustaz Awang Laiman, mantan calon DUN Tempasuk, Kota Belud
Masa : 8.30 malam hingga 11.30 malam
Penceramah : Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Anuar Ali, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Hj Ansari Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi PKR Sabah


Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 8.30 hingga 11.30
Tempat : Dewan Hayati Villa, Putatan
Penceramah : Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat
Dato Khalik Dzaman

Friday, January 8, 2010

HUBUNGI


Pejabat Pengurusan
Lot 4, Tingkat 2, Blok A,
Riverside Plaza, Kingfisher Park,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
................................................................................................................................................

Waktu Perniagaan

Isnin-Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.30 petang - 5.00 petang

Sabtu
9.00 pagi - 12 tengahari

................................................................................................................................................

Telefon/ Faks
088-430 832

.................................................................................................................................................


Email
dppns@hotmail.com
http://dppsabah.blogspot.com

AHLI JAWATANKUASA
Align LeftDEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
SESI 2011 - 2013

................................................................................................................


Ketua Pemuda: Lahirul Latigu
Timbalan Ketua Pemuda: Zaidi Mustafa
Naib Ketua Pemuda: Noryusri Mansur
Setiausaha: Firdaus Mohd Fuad
Bendahari: Khairul Yusri
Ketua Penerangan: Zulfikar Abd Mijan
Pengarah Pilihanraya: Saifuddin Mansor
Akademi Tarbiyah Pemuda: Mohd Fadhli Yusof
Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO: M. Kamal M. Daud
Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat: M. Zulkarnain M. Noh
Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam: Bunyamin Bakeri
Lajnah Buruh, Peneroka dan Petani: M. Fairuz
Jabatan Pengkaderan Pelajar: Mursidi Amat
Jabatan Pengkaderan Mahasiswa: Murtadha Mansor
Jabatan Pengkaderan Siswazah: M. Ruslan Azahari
Jabatan IT: Hamsah Djama
Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan: Amir Fadhli
Jabatan Amal: Burhanuddin Sirajuddin

Thursday, January 7, 2010

Kenyataan Media DPPNS Terhadap Tindakan Keras Kerajaan Mesir Kepada Konvoi Bantuan Makanan Ke Gaza

Keengganan Kerajaan Mesir membuka sempadannya sebelum ini kepada konvoi bantuan makanan ke Gaza merupakan satu tragedi yang sungguh malang kepada nilai kemanusiaan itu sendiri. Sebagai negara jiran yang paling hampir dengan penduduk Gaza, kerajaan Mesir seharusnya mengenepikan dahulu soal perbezaan politik demi kelangsungan nyawa penduduk Gaza.


Walaupun Kerajaan Mesir ada membuka sempadannya kepada konvoi bantuan tersebut, namun ia masih menjadi pertikaian kerana berlaku beberapa insiden yang tidak sepatutnya oleh pihak berkuasa Mesir. Antaranya ialah menahan pasport mereka sehingga mereka terkandas di pelabuhan selama beberapa hari.


Selain itu, tindakan polis Mesir menggunakan tindakan kekerasan juga amat mendukacitakan. 10 orang anggota konvoi tersebut cedera dan 4 orang lagi dikatakan parah setelah dibelasah teruk ketika 59 kenderaan konvoi ditahan daripada memasuki sempadan Gaza-Mesir. Jika Kerajaan Mesir benar-benar jujur ingin membantu penduduk Gaza, tentu tidak akan ada tindakan-tindakan yang tidak sewajarnya berlaku kepada konvoi bantuan tersebut.


Malang sekali kepada kita semua yang mencintakan kedamaian kerana Kerajaan Mesir tidak menghiraukan suara keamanan dari segenap pelusuk dunia. Anggota Konvoi Viva Palestina tersebut merupakan himpunan para simpati dari pelbagai pertubuhan yang konsisten dan komited mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dimana jua.


Tindakan Kerajaan Mesir itu juga adalah amat bertentangan dengan konsep persaudaraan sesama Islam. Oleh sebab itu Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah membantah sekeras-kerasnya apa juga tindakan tidak berperikemanusiaan Kerajaan Mesir terhadap penduduk Gaza dengan mengajak seluruh umat Islam di Sabah agar mengadakan himpunan aman Palestin di Masjid Padang Bandaran pada 8 Januari 2009 selesai solat Jumaat. Mari selamatkan Kemanusiaan, Hidupkan Palestin!




Yang Benar,




LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Saturday, December 26, 2009

Kursus Pengurusan PASTI peringkat negeri Sabah

Oleh: almansur

27 Dis (Sabtu): Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah menganjurkan kursus pengurusan PASTI peringkat negeri Sabah. Program yang di adakan sehari semalam tersebut antara lain bermatlamatkan untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kualiti pengurus pasti di seluruh negeri Sabah. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan, antaranya ialah visi dan misi PASTI, sistem pengurusan PASTI, pengurusan kewangan dan halatuju PASTI. Selain dari itu taklimat berkaitan pengurusan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak pra-sekolah, dan akta berkaitan turut didedahkan.

Antara peserta yang hadir pada kursus pengurusan PASTI peringkat negeri Sabah

Program yang diadakan di Pusat Penerangan PAS & PKR tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil PASTI dari seluruh Sabah. Manakala para pembentang adalah terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat iaitu Abdul Kadir Dewa (Tim. Pengarah PASTI Malaysia, Sektor Pengurusan), Hashan Aladi Hj Ahmad (Tim. Pengarah PASTI Malaysia, Sektor Pembanggunan Sumber) dan Rosli Suhaime (s/u PASTI Malaysia).

Menurut Ishar Hamka Ismail selaku peserta kursus yang juga Timbalan Pengarah PASTI 4 Sabah (Sandakan), program yang diaturkan sangat bermanfaat kerana ianya banyak memberi ilmu yang berguna sebagai panduan dalam menguruskan PASTI di Sabah. Menurut beliau lagi PASTI Sabah mensasarkan pertumbuhan sebanyak 10% jumlah PASTI setiap tahun bermula 2010-2014. Sehubungan dengan itu ALP PASTI negeri Sabah juga perlulah sentiasa mempertingkatkan usaha ke arah memperkasakan PASTI di seluruh negeri Sabah.

Seorang lagi peserta Jumat Jamaluddin iaitu wakil dari Kudat berpendapat bahawa kursus yang diadakan ini sangat penting bagi memperbaiki lagi sistem pengurusan PASTI di Sabah yang masih banyak kekurangan dan kelemahan. Menurut beliau lagi dengan adanya program seumpama ini, maka semua penggerak-penggerak PASTI di Sabah akan dapat menimba ilmu yang berguna daripada pimpinan pusat bagi memantapkan lagi pengurusan PASTI di Sabah. Selain dari itu menurut beliau lagi, masyarakat di Sabah dilihat lebih mudah untuk bersama-sama dengan PASTI berbanding PAS. Oleh yang demikian, dengan adanya PASTI, dakwah akan dapat digerakkan bagi mendekatkan masyarakat dengan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Semua perserta yang hadir sangat berpuas hati dengan program yang diaturkan, seterusnya berazam akan menggerakkan PASTI di negeri Sabah dengan lebih kemas dan tersusun demi melebar luaskan dakwah Islam di tengah-tengah masyarakat.

Sunday, December 20, 2009

Majlis Makan Malam Konvensyen PKR Sabah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/


20hb (ahad)
: Bersempena dengan Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Sabah pada sebelah siangnya, PKR Sabah telah menganjurkan Majlis Makan Malam Konvensyen PKR Sabah. Antara pimpinan pusat PKR yang turut serta pada majlis makan malam tersebut ialah YB Tian Chua, YB Zuraida dan Datuk Chua Jui Meng. Manakala antara pimpinan PAS yang hadir sebagai jemputan ialah Tn Hj. Aminudin Aling selaku timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Sdr Abd Hamid YDP PAS kawasan Putatan dan Sdr Amir Saifuddin selaku ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar. Turut serta pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP. Majlis yang diadakan di Ocean Seafood Restaurant, Kota Kinabalu tersebut telah dihadiri oleh lebih 1300 masyarakat dan ahli PKR Sabah.


Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku pemidato utama terpaksa diganti dengan YB Tian Chua disebabkan masalah penerbangan DSAI yang ‘delay’. YB Tian Chua telah menyampaikan ucaptama dengan menekan bahawa inilah masa yang terbaik untuk melakukan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik. Selain dari itu, YB Tian Chua turut menyeru rakyat Sabah agar berani melakukan perubahan pada PRK ke-13 nanti.


Sebelum dari itu Datuk Chua Jui Meng turut memberi ucapan dengan menekan bahawa Pakatan Rakyat ingin membawa satu perubahan besar dari pelbagai aspek. Perubahan tersebut melibatkan fahaman perkauman, integriti, pendidikan dan ekonomi. Seterusnya antara perubahan besar akan dibawa ke Sabah ialah, pemberian royalti hasil minyak dan gas sebanyak 20% yang akan diberikan kepada kerajaan negeri Sabah sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah Malaysia.


Majlis berakhir yang pada pukul 11 malam tersebut turut membuat cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.


Penulis: Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar

Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved