Tuesday, August 25, 2009
PAS Prihatin Nasib Rakyat
Salleh Man akhirnya berjaya
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri itu berjaya mempertahankan kerusi milik Pas setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.
Mohd. Salleh yang ditemui pemberita di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini malam ini melahirkan rasa gembiranya di atas kemenangan tersebut sekali gus berazam menyambung semula khidmat Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengundi di Permatang Pasir kerana memberi peluang kepada saya memenangi di kawasan ini.
''Turut tidak dilupakan, kesemua petugas dan jentera pakatan pembangkang yang tidak jemu-jemu memberi sokongan padu kepada saya," katanya.
Mohd. Salleh merupakan graduan Universiti Malaya (UM) dan pernah bertanding dalam enam pilihan raya termasuk pilihan raya umum lalu tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi bagi kerusi DUN Sungai Dua.
Pada masa sama, Mohd. Salleh berkata, kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen pakatan pembangkang yang sentiasa menjalin hubungan baik.
''Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan pakatan pembangkang," tambahnya.
Monday, August 24, 2009
PAS SUDAH MULA BERAKAR DI SABAH?
Sunday, August 23, 2009
Edaran risalah penerangan H1N1 oleh Pemuda Sepanggar
23 Ogos (Kota Kinabalu) Pemuda Sepanggar dengan kerjasama Unit Amal hari ini telah berjaya melaksanakan program edaran risalah penerangan tentang H1N1. Bazar Ramadhan Indah Permai menjadi pilihan pertama untuk edaran minggu ini. Selain dari maklumat pencegahan H1N1, turut dimuatkan juga, kenyataan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga doa-doa ma'thur sebagai pendinding umat Islam.
Objektif utama program ini ialah untuk turun ditengah-tengah masyarakat bagi menyampaikan maklumat semasa. Pemuda PAS Sepanggar merasakan masyarakat perlu diberi maklumat yang tepat berkenaan H1N1, termasuklah doa-doa yang benar menurut sumber yang soheh.
Thursday, August 20, 2009
Saf pimpinan PAS Sabah 2009/2011 gandingan terbaik
Oleh : Badan Perhubungan PAS Sabah
KOTA KINABALU : Badan Perhubungan PAS Sabah telah selesai membentuk barisan pimpinannya untuk sesi 2009/2011 pada mesyuaratnya yang pertama di Putatan, sabtu lepas. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Haji Muhamad Abdullah telah bersetuju melantik beberapa muka baru bagi memantapkan lagi barisan pimpinannya sebagai persiapan pilihanraya yang ke 13.
Diantaranya ialah saudara Hisamudin Sulaiman yang telah dilantik sebagai Ketua Penerangan yang baru. Saudara Hisamudin ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau merupakan seorang aktivis yang berpengalaman khususnya di negeri Sembilan.
Manakala kesemua Timbalan Pesuruhjaya dikekalkan iaitu Tuan Haji Hamzah Abdullah (Batu Sapi), Saudara Ahmad Dolah (Tawau) dan Saudara Aminudin Aling (Kota Belud). Turut dikekalkan Setiausaha, Kadarisman Kadiran (Kalabakan) dan Puan Norain Kadir sebagai Bendahari (Tawau). Tiga orang telah dilantik Penolong Setiausaha iaitu Saudara Nasir Che Ali (Tawau), Sahar Abdul Majid (Sandakan) dan Salman Amin (Sepanggar).
Disamping itu bekas Ketua Pemuda sesi lepas, Ustaz Anuar Ali (Sepanggar) telah dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah dimanahkan menerajui Lajnah Perpaduan Nasional. Turut dilantik ialah Tuan Haji Akriah Abdullah (Sepanggar), Khairul Yusri (Dewan Pemuda), Seri Wahyuni (Dewan Muslimat), Tuan Haji Norbin Aloh(Kalabakan) dan Ustaz Kamal Md Daud, (Keningau).
Berikut ialah portfolio PAS Sabah 2009/2011
Lajnah Politik - Haji Muhamad Abdullah
Lajnah Penerangan dan Dakwah – Hisamudin Sulaiman
Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan - Ustaz Nuruddin Ibrahim
Lajnah Kebajikan - Saudara Aminudin Aling
Lajnah Pekerja, setinggan dan - Haji Hamzah Abdullah
Peneroka Bandar
Lajnah Perpaduan Nasional - Ustaz Anuar Ali
Lajnah Ekonomi - Haji Akriah Abdullah
Lembaga Pemerkasaan Parti - Saudara Ahmad Dolah
Jabatan Pilihanraya Negeri - Haji Muhamad Husin
PAS Sabah kali ini menyaksikan seramai tiga orang telah dilantik sebagai pimpinan Pusat iaitu Tuan Haji Muhamad Abdullah selaku Pesuruhjaya Negeri, Saudara Ahmad Dolah selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. – AAMJ
Monday, August 17, 2009
Siapa Pengkhianat ?
Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya.
Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu.
Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang. Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978.
Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kuranganya. Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati. Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut.
Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat. Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubahan. Soal siapa pengkhianat, rakyat Sabah sudah tahu membuat penilaian.
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

