Monday, August 17, 2009

Siapa Pengkhianat ?

Kota Kinabalu: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam akhbar New Sabah Times bertarikh 17 Ogos semasa lawatannya ke Kudat untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kudat dan Kota Marudu pada 16 Ogos 2009.

Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya.





Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu.

Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang. Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978.

Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kuranganya. Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati. Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut.

Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat. Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubahan. Soal siapa pengkhianat, rakyat Sabah sudah tahu membuat penilaian.

Sunday, August 16, 2009

DPPNS : Segera Selesaikan Masalah Bekalan Elektrik


Kota Kinabalu, 16 Ogos - Berkenaan bekalan elektrik yang bermasalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tindakan susulan yang lebih efektif perlu di kaji semula untuk memastikan bekalan elektrik kepada rakyat di Sabah bukan lagi sesuatu yang omong-omong kosong.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin menegaskan bahawa jika keadaan sebegini terus berlarutan tanpa sebarang tanda-tanda pembaikan, rakyat Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Pengarah Sabah Elektrik Sdn. Bhd, En. Razak Salleh mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 26 Milion untuk mendapatkan sebuah generator yang boleh menghasilkan sebanyak 20 MW. Malangnya, set generator tersebut hanya dapat di rasai oleh semua pada hujung tahun ini.


Beliau juga berkata, masalah ini seharusnya ditangani lebih awal kerana yang akan menanggung kesan kerugian sudah tentu peniaga-peniaga di sekitar-sekitar bandar-bandar utama.


"jika pembelian set generator tersebut hanya akan dapat berfungsi pada hujung tahun ini, seharusnya ada 'back-up planning' yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ketika ini, sehingga set generator yang dijanjikan dapat di gunakan, tambah beliau lagi.


Beliau juga mencadangkan agar Tenaga Nasional Bhd memainkan peranan yang penting untuk menambahkan lagi kapasiti pengeluaran stesen janakuasa ke kawasan-kawasan seperti Labuk, Kinabatatangan, Beluran, Lahad Datu dan Tawau.

Friday, August 14, 2009

PASTI Sandakan Mohon Bantuan Kewangan Bagi Pembelian Bangunan PASTI Saidina Ali

Sumber: http://pastisandakan.blogspot.com/

SANDAKAN, 5 Ogos – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan, Sabah memohon sumbangan kewangan bagi pembelian sebuah premis PASTI iaitu PASTI Saidina Ali yang terletak di Flat Sim-sim dalam kawasan Dun Tanjung Papat, Parlimen Sandakan.

Tujuan pusat asuhan itu ditubuhkan untuk dimanfaatkan sebagai tadika Islam dan kelas fardhu ain pada sebelah petang atau malamnya. PASTI sediada di Flat Sim-sim tersebut telah beroperasi hampir 10 tahun tetapi masih disewa dan keadaan ini jika berterusan adalah merugikan dari segi aset untuk jangka panjang.





Anggaran kos bagi pembelian bangunan tersebut ialah sebanyak RM75,000.00 AJK Pengurusan PASTI Kawasan Sandakan memohon jasa baik orang ramai, individu atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi mempercepatkan pembelian bangunan tersebut demi masa depan anak-anak tempatan yang dahagakan ilmu islam.

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, Sabah). Ataupun untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ishar Hamka Ismail di talian 019-8974798 dan Mustaman Mustain di talian 019-8735740, 089223260. Terima kasih.

Wednesday, August 12, 2009

Takziah kepada seluruh keluarga Ust Asri

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com



Malaysia menerima sekali lagi berita kehilangan seorang pejuang cekal di dalam bidang dakwah, setelah pemergian ADUN Permatang Pasir baru-baru ini. Kali ini seorang pendakwah di dalam bidang seni iaitu Mohamad Asri Ibrahim atau dikenali sebagai Ustaz Asri (vokalis Rabbani). Berita pemergian Ust Asri saya terima melalui beberapa laman web termasuk web harakahdaily. Pemergian beliau mengadap Ilahi diusia semuda 40 tahun telah mengejutkan banyak pihak. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh amalannya. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau. Semoga dilimpahkan kesabaran atas dugaan ini.


Ketua Pemuda & Seluruh Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu.

Saturday, August 8, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan!


Seluruh Saf Kepimpinan dan Ahli

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Mengucapkan Selamat Menyambut

Bulan Ramadan Al- Mubarak 1430H

Kepada Semua Umat Islam di Negeri Sabah dan di Seluruh Negara

Selamat Meraikan Ketibaan Pesta Ibadah!






Tuesday, August 4, 2009

Penyebaran H4E1 dirancang

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com


Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar baru-baru ini telah memutuskan untuk merancang menyebarkan H4E1. Walaubagaimana pun H4E1 bukanlah wabak merbahaya seperti H1N1, tetapi H4E1 bermaksud ‘Harakah For Everyone’. Perancangan H4E1 ini telah dirancang oleh Ketua Penerangan DDP Kawasan Sepanggar iaitu saudara Nader. ‘Harakah For Everyone' adalah satu konsep gerak kerja pemuda secara mingguan, ini bererti setiap dari pemuda PAS kawasan Sepanggar akan diwajibkan membeli harakah pada setiap minggu dan seterusnya akan diedarkan secara percuma kepada umum.


DPP Kawasan Sepanggar mengharapkan dengan gerakkerja ini, masyarakat akan mendapat maklumat yang lebih benar dan seterusnya mengelak dari menerima maklumat atau berita dari media perdana semata-mata. 'Harakah For Everyone' juga bertujuan untuk memupuk semangat bekerja untuk Islam pada setiap masa dan dimana sahaja dikalangan pemuda tanpa ada ‘stigma’ bekerja hanya apabila ada program.


Gerakkerja ini telah dibawa untuk diperbincangkan di dalam usrah pemuda Sepanggar dan kesemua ahli usrah bersetuju untuk memikul tugas ini. Selain dari itu, ahli usrah juga bersedia untuk membeli Harakah dengan harga RM3.00, serta baki dari jualan ini akan disumbangkan terus ke tabung ‘Dana Dakwah’ untuk program-program dakwah diserata Sabah. Semoga perancangan 'Harakah For Everyone' akan memberi impak kepada kefahaman masyarakat terhadap Islam dan seterusnya menerima Parti Islam Semalaysia sebagai sebuah Jamaah Muslimin untuk memimpin umat.

Wednesday, July 29, 2009

Rakyat Sabah Bantah ISA




Kota kinabalu, 29 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru kepada semua masyarakat di Sabah agar turut sama dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos nanti.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan memobilasi ahli PAS di Sabah agar turut sama membawa perjuangan memansuhkan ISA ini kepada masyarakat di Negeri Sabah.


"sudah tiba masanya rakyat Sabah menyatakan rasa tidak setuju dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak sepatutnya meneruskan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan ini.


Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dalam situasi negara pada masa kini. Hakikatnya ia telah dijadikan alat untuk menahan ahli politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Mana ada agama dalam dunia ini apatahlagi bergelar seorang muslim boleh merampas hak kebebasan individu lain tanpa bukti kukuh pada masa sama tidak dibenarkan membela dirinya.


Ketika ditanya samada himpunan mansuhkan ISA ini akan diadakan di Sabah beliau berkata, perkara ini akan dibawa berbincang dalam kalangan Pemuda Pakatan Rakyat kerana kita mahu semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik bangkit bersama menentang undang-undang tidak berperikemanusiaan ini.


"setakat ini kita telah memobilasi sebanyak mungkin ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah agar turun pada 1 Ogos nanti pada Himpunan Mansuhkan ISA. Ini mesej dari rakyat Sabah.


Beliau juga menegaskan, kebangkitan rakyat Sabah tidak akan dapat dibendung lagi dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menerima padahnya pada PRU-13 yang akan datang jika ISA diteruskan dan suara rakyat tidak dihiraukan.
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved