Monday, January 26, 2009

Friday, January 23, 2009

Notis Mesyuarat EXCO DPPNS Kali Ke 12

Kepada:

1. EXCO DPPNS
2. Pengarah Jabatan DPPNS

Mesyuarat EXCO DPPNS kali ke 12 akan diadakan pada 25 Januari 2009 jam 1.00 petang.

Untuk malumat lanjut sila semak email DPPNS atau berhubung dengan pejabat sekreteriat DPPNS

Mohon mengambil tindakan dan perhatian yang sewajarnya.



Sekian, terima kasih.


SU DPPNS

Sunday, January 18, 2009

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS SABAH DALAM USAHA MEMBOIKOT PRODUK ZIONIS
.

Sehingga kini seramai 1300 kematian dan ribuan tercedera akibat serangan tentera Israel terhadap Gaza. Angka ini menunjukan seolah-olah nyawa penduduk Palestin tiada nilai dan pembelaan dari dunia luar. Dewan Pemuda Pas Sabah mengecam di atas kelewatan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara-Negara Islam dan Liga Arab dalam menangani permasalahan ini. Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak agar pertubuhan-pertubuhan tersebut mengambil tindakan seterusnya memberi tekanan diplomati terhadap Israel.
.

Sehubungan dengan itu di atas dasar kemanusiaan, Dewan Pemuda Pas Sabah juga mengalu-alukan sumbangan kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Muslim Care
: RHB 26-2120-0000- 4747
(resit disediakan jika mahu, rasmi)
Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248
(Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.
.

Berikutan kedegilan dan kesombongan berterusan pihak regim Zionis, Dewan Pemuda Pas Sabah pada hari ini melancarkan kempen boikot berstrategi. Kempen ini akan mensasarkan 7 produk utama untuk diboikot selama 6 bulan. Produk-produk tersebut ialah Coca-Cola, MacDonalds, Starbucks, KitKat, Maggi, Colgate dan Johnson & Johnson. Seluruh umat Islam dan pencinta kedamaian wajib mengambial inisiatif ini agar ianya memberi pengajaran kepada Zionis dan Amerika Syarikat bahawa kekuatan ekonomi mereka akan terjejas akibat kedegilan mereka sendiri. Mulakan kempen ini di rumah, satu demi satu, sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya segala kekuatan ekonomi yang mereka miliki untuk menampung kos peperangan berjaya dilumpuhkan.
.

Sekian, Terima Kasih

.

Lahirul Latigu

Naib Ketua Pemuda Pas Sabah

19 Januari 2009

Tuesday, January 13, 2009

Monday, January 12, 2009

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

Thursday, January 8, 2009

Kenyataan Media DPP Sabah: Mengarahkan mengadakan solat hajat berterusan.


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang ternyata biadap dengan melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza walaupun mendapat kecaman antarabangsa. Serangan ini membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas yang sebenar, kerana melancarkan keganasan tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin dan menggesa agar umat Islam menunaikan solat hajat secara berterusan.

Sehubungan dengan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut menggesa kepada para penyokong PAS memohon doa dan munajat agar diberi kemenangan kepada calon PAS. Solat hajat ini diminta agar dilakukan berterusan sehingga hari pengundian iaitu 17hb Januari ini.

Sdr Anuar Ali
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Wednesday, January 7, 2009

Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok.

Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok."Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-sama bangkit menyatakan bantahan terhadap AS.Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.

Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan berdarah akibat di bom Israel.Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera."Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin."Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya.
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved