Tuesday, November 11, 2008

Bengkel IT

Zaman semakin maju.. dan kini telah di gelar zaman IT.. Sebagai pendakwah di zaman ini kena bijak dalam ilmu IT agar tidak kalah dengan dakyah musuh-musuh islam. Penyebaran maklumat melalui internet agak pantas sehingga sampai ke seluruh pelusuk dunia.. Walaupun kita duduk di Sabah Malaysia ini, hanya dengan menggunakan hujung jari kita dapat mengetahui hal-hal di bahagian lain bumi ini. Kita dapat sampai ke angkasa lepas dan sebagainya. Hanya dengan menggunakan hujung jari. Jadi oleh itu, Cikgu Anuar Ali menegaskan bahawa pemuda mesti mempelajari menggunakan IT dan mendalaminya untuk di jadikan sebagai medium bagi menyebarkan Islam. Bengkel IT di adakan pada 9 Nov 2008 di pejabat pemuda pada pukul 8.00pm. Dengan rela hatinya, dua exco pemuda bahagian IT dari Dewan PAS Pusat dengan rela hati hadir ke Sabah untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang tersebut. Abang Hanafiah menerangkan bagaimana suatu laman boleh 'laku di pasaran' dengan amat mendalam. Selepas bengkel tersebut, perbincangan ringkas bersama Pemuda daripada Pusat di adakan sebagai peringatan dan nasihat kepada pemuda sabah untuk memajukan lagi usaha dakwah di sabah ini.

Wallahualam.

Monday, November 10, 2008

Konvokesyen PASTI Kota Kinabalu!!


Seperti yang telah di janjikan, pada 9 November 2008 bersamaan dengan hari Ahad di dewan Sa'adah wisma MUIS Kota Kinabalu, konvokesyen PASTI untuk sesi 2008 terlaksana dengan di rasmikan oleh Ustaz Arifin Deraman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Majlis berjalan dengan lancar dari mula hingga akhirnya. Di meriakan lagi dengan kenakalan budak-budak yang agak ramai. Juga kehadiran ibu bapa untuk mengawal karenah anak-anak mereka. Majlis juga di hiburkan dengan pertunjukan nanyian dan sesi bercerita budak-budak PASTI. Di bahagian luar pula terdapat gerai-gerai jualan daripada Aslam niaga dan lainnya. Juga di promosikan keahlian PAS siap dengan borangnya sekali.


Pertunjukan kanak-kanak riang.

Suasana di luar dewan.

Tengok budak-budak!!!

Ramainyeee..


Moga Islam Akan Terus Berkembang di bumi Sabah ini. Takbir!!!

Saturday, November 8, 2008

PENGUMUMAN!!!




:Perhatian kepada semua Pemuda Negeri dan exco pemuda kawasan Kota kinabalu dan sepanggar!!

Semua pemuda dan Exco di gesa untuk menyertai bengkel IT di pejabat pemuda pada 9 November 2008 (Ahad) pada pukul 8.00 malam. Selepas bengkel tersebut, kita akan adakan mesyuarat. Kesemua di jemput hadir!!



Perkasakan Pemuda, Teguhkan Pakatan!!

Friday, November 7, 2008

Program bersama Exco DPPP


Pada 8 nov hingga 9 nov 2008, 4 orang exco dari Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Kamaruzaman Abdullah (S/u Dewan Ulamak Negeri Terengganu), Ustaz Afirin Deraman (bahagian pilihanraya DPPP), Hanafiah dan Shaari, datang melawat ke Sabah untuk berprogram bersama Pemuda PAS Sabah. Kami berbesar hati menerima kehadiran mereka dan kami telah memutuskan dalam mesyuarat untuk mengaturkan jadual untuk mereka selama mereka berada di sabah. Tentatif yang telah di putuskan adalah seperti di bawah :

8 November 2008

6.00 ptg - Ketibaan exco DPPP ke Sabah (akan di ambil oleh Ustaz Anuar)

7.45 mlm – Ceramah di Masjid Puterajaya oleh Ust. Kamaruzaman

- Ceramah di Masjid Tamparuli oleh Ust. Afirin

9 November 2008

5.30 pg - Kuliah Subuh oleh Ust. Kamaruzaman

8.00 pg - Ihtifal PASTI K.K di rasmikan oleh Ust. Arifin

- Ihtifal PASTI Tuaran di rasmikan oleh Ust. Kamaruzaman

7.45 mlm – Ceramah di surau Taman Limauan, Kinarut oleh Ust Kamaruzaman / Ust. Arifin

8.00 mlm – Bengkel IT di pej. DPPNS untuk sekretariat oleh Abang Hanafiah & Shaari.

Thursday, November 6, 2008

Majlis Konvo PASTI KK

MAJLI KONVO PASTI
KOTA KINABALU 2008


DI RASMIKAN OLEH USTAZ ARIFIN DERAMAN
(Bhgn Pilihanraya DPPP)

TARIKH 9 NOVEMBER 2008 (AHAD)
DEWAN SAADAH WISMA MUIS KOTA KINABALU
7.30 PAGI - 1.00PTG



SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Kursus Usahawan HALAGEL Malaysia

Dengan segala Hormatnya dijemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Usahawan HALAGEL yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17hb dan 18hb November 2008
Tempat : Likas Square , Kota Kinabalu.
Pendaftaran : 17hb November 2008, jam 2.00ptg
Yuran : RM50-100/seorang

Tempat adalah TERHAD!!!

Faedah yang akan diperolehi oleh para peserta seperti berikut :
  • Menjadi agen Produk HALAGEL di Sabah.
  • Kit Produk (Katalog & Pamplet2 produk Halal)
  • Ilmu-ilmu pemasaran produk Halal di Negeri Sabah.
  • dll.
Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi urusetia di talian :

Tel./Fax (Pej.)
: 088-384 909
Nabila : 016-827 0350
Khairul : 013-300 2097
Norliah : 013-853 6232


BERSAMA MENJANA EKONOMI UMMAH

Tuesday, November 4, 2008

Madah Muqadimah

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah PAS.

Ini adalah blog Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang akan memaparkan segala aktiviti dan program siasah serta dakwah DPPNS di seluruh Negeri Sabah yang terkini.

Semoga membawa manfaat kepada umat Islam dan akhirnya Islam akan tertegak semula sebagai dasar hidup satu hari nanti.

"PERKASAKAN PEMUDA TEGUHKAN PAKATAN"
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini

hari ini

asal bukan umno

asal bukan umno

keamanan

borang keahlian

senyum

senyum

ARTIKEL

 

pemuda pas sabah. Copyright 2011 All Rights Reserved