BEAUFORT: PAS bersedia menerima kemasukan
orang ramai termasuk tokoh masyarakat dan politik untuk menjadi ahli parti tanpa
mengira latar belakang dan kedudukan seseorang.
Ketua
Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, PAS sudah menunjukkan keterbukaan
dengan menerima kemasukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai parti
tersebut tanpa sebarang halangan dan latar belakang.







