KOTA KINABALU, 5 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini
melahirkan kebimbangan mengenai gejala rasuah dan penyelewengan yang didakwa
berlaku melibatkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terkemuka di
negeri ini.
Ketuanya,
Lahirul Latigu menyatakan kegusaran tersebut setelah hebat diperkatakan di
media massa terutama beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar
tempatan Daily Express pada 3
Februari lalu.
“Kita
(PAS) kecewa dengan perkembangan ini. Macam mana sebuah universiti boleh mula
terjebak dengan gejala tidak bermaruah seperti ini.

