Sunday, July 10, 2011
Ketua Pemuda PAS Sabah di Tahan Polis
Kota Kinabalu, 10 Julai – Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu dan seorang lagi aktivis Pemuda PAS ditahan oleh pihak polis petang tadi sekitar jam 4.30 petang ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra.
Penangkapan Lahirul atas alasan beliau memakai baju BERSIH 2.0 manakala seorang lagi aktivis yangdikenali sebagai Mustaman hanya memakai pakian t-shirt biasa ketika ditahan.
Lahirul dan Mustaman terus dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk siasatan lanjut.
Beberapa orang pemuda daripada PAS dan AMK turut hadir ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan penangkapan tersebut.
Mereka agak hairan mengapa kedua-dua aktivis pemuda tersebut dalam keadaan bergari ketika dibawa keluar dari Balai Polis Alam Mesra untuk dipindahkan ke IPD Karamunsing.
Menurut maklumat seorang peguam daripada Barisan Peguam Pakatan Rakyat Sabah, mereka berdua akan ditahan sehingga ke pagi esok dan dilanjutkan ke mahkamah untuk prosedur seterusnya pada hari yang sama.
Zulfikar: Polis Bertindak Ganas!

Kota Kinabalu, 10 Julai – Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta himpunan aman BERSIH kelmarin adalah satu tindakan yang melampau, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Sdr. Mohd Julfikar Abdul Mijan.
“Pihak polis sepatutnya bertindak sebagai pemantau terhadap perjalanan aktiviti himpunan aman tersebut bukannya menjadikan mereka seakan-akan musuh atau penjenayah.”
Tambah Mohd Julfikar, hak berhimpun ada termaktub dalam perlembagaan negara ini dan begitu juga jika dirujuk kepada pandangan para ulama yang mengharuskan himpunan ini”
Beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut juga terkena tembakan gas pemedih mata dan menyaksikan kekerasan yang dilakukan oleh beberapa anggota polis terhadap rakyat negara ini.
Mohd Julfikar turut mempersoalkan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan penggunaan beberapa buah helicopter yang menelan belanja beribu ringgit untuk sebuah helicopter.
“Beberapa buah helicopter kelihatan berlegar-legar di udara sekitar kawasan himpunan aman untuk menakut-nakutkan peserta yang terlibat dan sudah tentu ini satu pembaziran duit rakyat”
Beliau juga mengecam beberapa laporan akhbar perdana yang tidak menyiarkan berita berkenaan himpunan aman ini secara telus.
“pihak yang menyebarkan berita tidak benar ini tidak akan dapat menipu rakyat kerana perbuatan tersebut hanya akan meningkatkan rasa ingin tahu rakyat negara ini tentang hasrat himpunan aman BERSIH baru-baru ini”
Tegas Mohd Julfikar, beliau dan beberapa rakan media alternative yang lain akan memastikan mesej himpunan aman BERSIH ini sampai kepada setiap kawasan dan golongan agar mereka mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang sahih.
“kita akan pastikan kesedaran ini juga akan sampai ke Sabah supaya rakyat disini juga menolak Umno-BN pada pilihanraya akan datang”
Thursday, July 7, 2011
KERAJAAN ‘DOUBLE STANDARD’ DALAM ISU BERSIH 2.0
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas keprihatinan Baginda terhadap BERSIH 2.0. Keprihatinan ini dapat dibuktikan apabila Baginda memberi ruang kepada rakyat iaitu penganjur BERSIH 2.0 untuk menghadap Baginda di Istana Negara baru-baru ini. Sejajar dengan itu, DPPNS menghargai tindakan Yang Dipertuan Agung selaku pemimpin tertinggi negara di atas sokongan Baginda kepada BERSIH 2.0
DPPNS begitu komited bagi mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini selaras dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Maka dengan itu, DPPNS telah menghantar seramai 300 orang pemudanya ke Kuala Lumpur bagi menyatakan kebersamaan dan sokongan dalam usaha bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini benar-benar dalam keadaan yang membanggakan serta boleh dijadikan contoh terhadap negara lain.
DPPNS juga menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang masih lagi bersikap ‘double standard’ dimana mereka masih meneruskan membuat tangkapan secara berleluasa termasuk di Sabah kepada penyokong-penyokong kempen BERSIH 2.0 walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 telah diperkenankan menghadap Yang Dipertuan Agung. Tindakan pihak kerajaan ini seolah-olah menggambarkan tidak menghormati tindakan dan usaha Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara Malaysia.
Maka untuk memastikan kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, DPPNS menyeru semua ahli PAS Sabah mengadakan solat hajat selama dua malam berturut-turut di semua markas-markas PAS Kawasan di seluruh negeri Sabah agar Allah SWT memberi pertolongan serta kemudahan pada perhimpunan aman BERSIH 2.0. DPPNS juga menyeru kepada rakyat di negeri Sabah agar memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyatakan tanda sokongan rakyat terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.
Lahirul Bin Latigu
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).
Sunday, July 3, 2011
Lahirul Kecam Penangkapan 7 Aktivis Pemuda

Kota Kinabalu, 2 Julai – Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata Ketua Pemudanya, Sdr Lahirul Latigu.
“Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah”
Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah, tegas Lahirul.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.
Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK.
Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.
“Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka di tangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning, kata Zaiem.
“Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja, ulas Zaiem.
“Saya tidak berpakaian BERSIH malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju BERSIH 2.0, kata Zaiem.
Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Sdr Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan ini tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.
Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Sdr Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.
Wednesday, June 22, 2011
Politik Persepsi
Mohamed meminta hadirin membayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya PAS atau DAP yang lakukan
:- i. Menukar cuti umum di Johor dan Perlis dari hari jumaat kepada Ahad
ii. Menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sedangkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dibantu.
iii. Menukar biasiswa pelajaran kepada pinjaman
iv. menarik royalti minyak di Terengganu dan engan membayar royalti kepada Kelantan.
v. Tidak menambah kerusi Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya 2004
Semua ini dilakukan oleh UMNO BN. Rakyat seperti dapat menerima itu semua kerana persepsi baik rakyat kepada UMNO BN yang kononnya menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu.
Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tahap manupulasi dan kebebasan media Malaysia yang menduduki rangking ke 166, lebih teruk daripada Zimbabwe dan Myamar. ” Persepsi juga menyebabkan rakyat ditakutkan dengan pengaruh DAP yang kononnya akan memerintah Malaysia. Mana boleh DAP memerintah Malaysia kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi dan DAP bertembung dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya. Di Kerusi Melayu, PAS dan PKR akan bertembung dengan UMNO.Ini bererti, kalau UMNO kalah, PAS dan PKRlah yang akan menang. Ia tetap Melayu.” Jelas Mohamed Sabu.
Persepsi rakyat mesti diubah dengan usaha penerangan yang berterusan dan menyangkal tohmohan-tohmohan yang telah membentuk persepsi yang salah selama ini.
Wednesday, June 15, 2011
Tahniah PJ Baru, Terima Kasih Hj. Muhammad
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu(Gambar) yang mewakili seluruh pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah yang baru diantik oleh PAS Pusat iaitu saudara Aminuddin Aling."Kami pemuda menyokong penuh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Sabah ini" kata Lahirul dalam temubual yang dilakukan di pejabat beliau di Kota Kinabalu.
"Besar harapan kami sebagai orang muda untuk melihat satu gerak kerja yang lebih mantap yang akan dilaksanakan oleh seluruh jentera PAS di seluruh negeri bagi persediaan menghadapi pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi".
Bila ditanya soal pertukaran jawatan tersebut beliau menjawab yang pertukaran tersebut adalah tidak lain merupakan satu peralihan biasa yang berlaku dalam organisasi dan yang paling penting ialah semua institusi parti di peringkat negeri terus bekerja untuk memastikan kemenangan pada PRU ke-13 nanti.
Selain itu Lahirul juga mengucapkan ribuan perhargaan kepada Mantan Peseruhjaya yang lepas iaitu Hj. Muhammad Abdullah yang telah mengemudi PAS Sabah sehingga PAS berjaya teguh di Sabah walaupun berhadapan dengan pebagai ujian.
Monday, May 2, 2011
Konvensyen PAS Sabah: PRU-13 dijangka lebih sengit

Sandakan: Pilihanraya Umum ke -13 menjanjikan satu saingan yang sengit merujuk kepada perubahan trend pengundi melayu yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan barisan nasional, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PAS Sabah yang dihadiri oleh seramai 400 orang ahli.
Ustaz Nasarudin berucap dihadapan peserta Konvensyen
Nasarudin berkata, tujuan Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak mempelawa PAS masuk Umno hanyalah satu bentuk strategi untuk membaca perubahan demografi politik menjelang PRU-13 nanti.

Ustaz Nasarudin bersama Pimpinan PAS Sabah
Sebelum ini kata Nasharudin, Umno juga telah mempelawa DAP untuk bersama-sama dengan mereka dalam barisan nasional.
Ini bermakna, Umno tidak lagi dapat bergantung kepada MCA untuk meraih pengundi-pengundi cina untuk sesi pilihanraya yang akan datang.
“Apa yang merisaukan BN iaitu perubahan pengundi cina sebagaimana yang ditunjukkan ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini turut berjangkit kepada pengundi-pengundi melayu”
Nasarudin juga mengingatkan kepada semua petugas PAS agar menjadi agen kepada negeri-negeri Pakatan rakyat dengan menyalurkan maklumat yang betul disamping mendedahkan kezaliman kerajaan Umno-BN.
Beliau menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menuntut keadilan yang sewajarnya untuk semua kaum dan agama di negara ini.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat adalah perlaksanaan Ijtihad Tahaluf Siyasi dengan pihak bukan Islam hasil daripada persidangan gerakan-gerakan Islam sedunia sebelum ini.
Atas alasan itu, beliau berasa yakin sebagaimana PAS dan rakan-rakan PR boleh memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, PAS juga boleh memerintah di Sabah pada pilihanraya yang akan datang.
Pada Konvensyen itu juga, Nasarudin menerima borang keahlian PAS baru seterusnya merasmikan pembukaan cawangan Bukit Nenas, PAS Batu Sapi.

Konvensyen yang diadakan sehari suntuk tersebut meresolusikan 7 perkara iaitu:
1. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
2. Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;
3. PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;
4. PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;
6. PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya ‘access’ kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;
7. PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini


