PAS Sabah merasa kesal dan dukacita kerana kerajaan tidak menyenaraikan Hospital Queen Elizabeth sebagai salah satu Hospital yang diberi keutamaan untuk dinaik taraf dalam belanjawan 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling, keadaan Hospital Queen Elizabeth sekarang amat menyedihkan sekali. “Pesakit diletakkan dalam keadaan berhimpit-himpit, rapat diantara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan para pesakit dan kakitangan Hospital merasa tertekan dan amat tidak selesa. Jika katil penuh, pesakit akan diletakkan diatas lantai (bertilam)”. kata Aminudin yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah. Aminudin mempertikai slogan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mendahulukan masalah rakyat berikutan masalah bangunan Hospital Queen Elizabeth yang tidak selamat. Dalam belanjawan tersebut pada tahun 2010 hospital dalam peringkat pembinaan dan dinaik taraf ialah Kluang, Bera, Shah Alam, Alor Gajah dan Tampoi. Menara utama, blok podium dan blok forensik Hospital Queen Elizabeth telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki oleh IKRAM dan JKR Sabah tahun lepas. “PAS sangat berharap Sabah dan Sarawak juga diberi keutamaan 50 buah klinik yang akan dibuka di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai bagi membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rawatan biasa. Di Semenanjung, jarak satu klinik ke satu klinik hanya beberapa kilometer sahaja, di Sabah jarak satu klinik ke satu klinik berpuluh kilometer malah beratus kilometer.”, katanya |
Saturday, November 21, 2009
TIADA PERUNTUKAN HOSPITAL QUEEN ELIZABETH?
PAS SABAH BANTAH LOJI ARANG BATU!
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Anuar Ali menyatakan sokongan PAS terhadap usaha oleh lima gabungan NGO menentang penggunaan tenaga tidak bersih di negeri Sabah.
“PAS menyokong usaha samada individu atau persatuan bagi memelihara ekosistem dan alam sekitar negeri ini daripada sebarang ancaman pencemaran . Usaha ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam dimana Al Quran mengajar agar umat manusia jangan melakukan kerosakan di atas muka bumi,” kata Anuar sebagai tanda sokongan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Green Surf (Sabah Unite to Re-Power the future). Lima NGO tersebut dianggotai Land Empowerment Animals and People (Leap), Partners of Community Organisation (Pacos Trust), Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Cawangan Sabah dan Pejabat WWF- Malaysia Sabah. Pakatan yang telah dilancarkan di Pantai Tanjung Aru ingin mengemukakan satu penyelesaian positif terhadap keadaan tenaga di negeri ini. Menurut pengasas dan pengarah Green Surf, Cynthia Ong pakatan ini dibentuk bagi memenuhi gesaan dan rayuan orang ramai. “Pembinaan loji yang menggunakan tenaga arang batu adalah bertentangan dengan semua usaha pemuliharaan dan mengancam kebersihan alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di sini. “Kami bukan anti kerajaan tetapi kami menyokong usaha kerajaan mencari penyelesaian baru dan kami bersedia memberi sokongan (terhadap penyelesaian tersebut)", kata beliau lagi. Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu sanggup menyediakan tapak alternatif bagi pembinaan loji berkenaan bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik yang sedang melanda negeri ini. Namun demikian ianya tertakluk kepada kelulusan laporan kajian kesan terhadap alam sekitar (EIA). |
PAS SABAH DESAK SIASAT SIJIL ANAK NEGERI TANPA PILIH BULU
Oleh : RAHIMIN MUSTAPA TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah menyambut baik tindakan kerajaan negeri untuk menyiasat penggunaan sijil anak negeri (SAN) yang diperolehi melalui jalan tidak beretika. Beliau berkata demikian sebagai reaksi satu laporan akhbar tempatan di mana isu yang berpunca dari perdebatan di DUN Sabah berkaitan seorang ADUN DAP dari Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin (DAP) yang didakwa mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan menyebabkan anggota BN dari UMNO, Datuk Samsuddin Yahya, telah mendesak Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun tersebut. PAS Sabah menegaskan agar kerajaan tidak memilih bulu dan hanya menjadikan individu yang tidak sehaluan dengan parti Barisan Nasional sebagai mangsa. “Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki sijil anak negeri palsu bagi membolehkan mereka memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar serta membolot projek-projek kerajaan yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka mengikuti pengajian di UiTM tetapi terselamat hanya kerana mereka dikaitkan dengan menyokong UMNO/BN,” ujar Hamzah yang mempunyai banyak bukti berhubung amalan songsang ini. Berita mengenai pemalsuan dan penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu ini kata Hamzah, tersebar secara meluas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai UMNO. "Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN", ujarnya lagi. Hamzah berkata SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN? "Pengumuman oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan SAN tersebut", katanya lagi yang membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa pendedahan mengenai perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri akan dibuat dalam waktu yang terdekat. Sijil perakuan Bumiputera (sijil anak negeri) ini telah dibekukan oleh Kerajaan BERJAYA pada tahun 1982 ekoran daripada penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya. |
Monday, November 9, 2009
Eratkan Ukhuwah sempena bulan Zulkaedah
Salah satu dari 4 bulan-bulan haram dalam Islam adalah bulan Zulkaedah yakni bulan ini. Dikatakan 'haram' adalah merujuk kepada haramnya untuk melakukan pergelutan dan pergaduhan dan meraikan persefahaman dan persaudaraan serta pendamaian.
Begitu hebat kuasa ALLAH dengan menurunkan konflik media ke atas Parti Islam terbesar di Malaysia tepat di dalam bulan haram ini. Hikmahnya tidak lain untuk merungkai sebab pengharaman seterusnya mengamalkan hikmah yang berada di dalam bulan Zulkaedah ini.
"Sedangkan lidah lagi tergigit", satu ungkapan yang telah lama dan kerap diulang-ulang dari generasi ke generasi menggambarkan bahawa serapat mana individu antara individu pasti akan ada perbezaannya. Cumanya bagaimana untuk mendefinisikan perbezaan itu. Ada yang kata gaduh, ada yang kata tidak berpuas hati, namun lebih teruk lagi ada yang sanggup kata beza itu adalah 'tikam belakang'. Harus kita fahami, apa sahaja definisi yang kita beri tidak semestinya definisi itu adalah berbentuk objektif. Contoh perbezaan dan khilaf yang berlaku antara ulama bukanlah merujuk kepada pergaduhan untuk kepentingan peribadi, ianya tidak lain adalah untuk kebaikan ummat dalam mengatur ibadah kepada ALLAH.
Tolak tepi melabel puak, tolak tepi emosi diri yang hampir menguasai, ambillah kesempatan di Bulan Haram ini untuk kembali menautkan ukhuwah dan mencari titik persefahaman dan yang paling penting menyelaras perjuangan dengan sama-sama memperkemaskan saff.
"Sesungguhnya mukmin itu adalah bersaudara, maka perteguhkanlah diantara persaudaraan tersebut."
Wallahualam......
Sumber: //suaragunung.blogspot.com
Sumber: //suaragunung.blogspot.com
Sunday, November 8, 2009
AMAL Berbakti Di Kg Lobou
Saifudin, Miasin, Lahirul pada majlis penyerahan mesin rumput
Kota Kinabalu, 9 Nov - Jabatan AMAL Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ini turun ke kampung Labou, Tebobon dalam rangka kerja mendekati masyarakat dengan aktiviti berbentuk kerja-kerja amal.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr Lahirul Latigu berkata, peluang untuk mendekati masyarakat di sekitar Kota Kinabalu ini begitu terbuka luas dengan kerja-kerja amal seperti ini.
Negeri Sabah mempunyai lebih kurang 30 daerah dan bentuk muka buminya yang luas memerlukan ramai tenaga-tenaga sukarelawan untuk turun menghulurkan bantuan kebajikan kepada masyarakat.
Oleh sebab itu kata beliau, selain pendekatan politik Dewan Pemuda PAS juga sedang meningkatkan aktiviti kerja-kerja kebajikan ke seluruh Sabah kerana mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kampung terutamanya sekitar pantai barat Sabah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan AMAL Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr Saifudin Jamaludin berkata, menyedari masyarakat di Sabah ini majoritinya berada di bawah paras kemiskinan tegar, maka menjadi tanggungjawab kita sesama insan untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira perbezaan politik.
Selain giat menambah ahli unit AMAL dengan menarik golongan muda terutamanya, beliau juga sedang melebarkan kerjasama dengan badan-badan Kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang lain seperti JHEAINS, JAKIM, USIA, ABIM, Yayasan AMAL dan JIM untuk menggerakkan aktiviti berbentuk kebajikan yang lebih besar kesannya kepada masyarakat di Sabah.
Turut bersama-sama dalam aktiviti gotong royong Surau Al Islah tersebut iaitu Sdr Miasin, Pengerusi Persatuan Saudara-Saudara Baru merangkap Pengerusi Surau Al Islah. Beliau melahirkan rasa gembira dengan aktiviti yang dianjurkan selain dapat memupuk rasa ukhuwah antara unit AMAL dengan orang-orang kampung disini.
"Saya berterima kasih kepada Unit AMAL kerana sebelum ini mereka juga telah berjaya menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pendidikan anak-anak pra sekolah di sini", kata beliau.
Alhamdulillah kata beliau, dengan adanya PASTI ramai masyarakat disini yang menghantar anak-anak mereka walaupun dikalangan non-muslim. Ini satu pendekatan dakwah yang baik disini, tambah beliau lagi.
Sumbangan oleh unit AMAL berbentuk mesin pemotong rumput diserahkan kepada Sdr Miasin oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Sdr Lahirul Latigu sebagai tanda prihatin.

Saturday, November 7, 2009
Pendaftaran PASTI sesi 2010 seluruh Sabah
Dewan Pemuda PAS Sabah dengan ini memaklumkan pembukaan pendaftaran PASTI untuk kemasukkan pelajar sesi 2010. Berikut ialah maklumat PASTI seluruh negeri Sabah.
PASTI Kawasan Kinabatangan
Pasti Darul Ulum
Batu 09, Taman Setia, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan,Sabah
Hubungi:
Ust zaidi (019-5850151)
Ust Naim (013-9825701)
Pasti Darul Hikmah
Kampung Sentosa Jaya,
Jalan Lahad Datu, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan,Sabah
Hubungi:
Ust Hamdani (014-5718139)
Ustzh Juliana (019-8320136)
Pasti Darul Anuar
Kedai Anis, Batu 04,
Jalan Sukau, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan, Sabah.
Hubungi:
Cikgu Ghazali (019-2383157)
En Anis (013-5558381)
PASTI KAWASAN KINABATANGAN
http://pastikinabatangan.blogspot.com
email: pastikinabatangan@yahoo.com
PASTI Kawasan Sandakan
PASTI Kawasan Tawau
PASTI Kawasan Kinabatangan
Pasti Darul Ulum
Batu 09, Taman Setia, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan,Sabah
Hubungi:
Ust zaidi (019-5850151)
Ust Naim (013-9825701)
Pasti Darul Hikmah
Kampung Sentosa Jaya,
Jalan Lahad Datu, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan,Sabah
Hubungi:
Ust Hamdani (014-5718139)
Ustzh Juliana (019-8320136)
Pasti Darul Anuar
Kedai Anis, Batu 04,
Jalan Sukau, WDR 211,
90200 Kota Kinabatangan, Sabah.
Hubungi:
Cikgu Ghazali (019-2383157)
En Anis (013-5558381)
PASTI KAWASAN KINABATANGAN
http://pastikinabatangan.blogspot.com
email: pastikinabatangan@yahoo.com
PASTI Kawasan Sandakan
| PASTI Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Batu 1 1/2) |
| PASTI Saidina Umar al-Khattab(Tmn Indah Jaya) |
| PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib (Flat Kg Sim-sim) |
| PASTI Saidina Uthman Ibn Affan (Tmn Mawar) |
| PASTI Saidina Hamzah (Tmn Damai) |
| PASTI Solahuddin al-Ayubi (Flat Tmn Sejati) |
| PASTI Khalid al-Walid (Kg Tinusa 2) |
| PASTI Zaid Bin Harithah (Kg Lupak Meluas, Karamunting) |
| PASTI Bilal Bin Rabah (Flat MPS Karamunting) |
| PASTI Abdul Rahman Bin Auf (Tmn Kenari, Batu 7) |
| Alamat |
| Lot 5B, Tingkat 1, Blok A, |
| Taman Hing Lee, Jalan Utara, |
| 90000 Sandakan, |
| Sabah. |
| Tel: 089-223260 |
| Faks: 089-223170 |
| Email: pasti_sandakan@yahoo.com |
PASTI Kawasan Tawau
| Nurul Hannani, Jln Kuhara |
| Nurul Iman, Tg. Batu Laut |
| Nurul Huda, Pasir Putih |
| Nurul Mawaddah, Taman Ria |
| Nurul Falah, Titingan |
| Nurul ain, Bt.2 Jln Apas |
| Nurul Izzah, Jln Saddani |
| Nurul Farah Ain, Merotai |
| Nurul Siddiq, Tmn Semarak |
| Nurul Syuhada, Bt. Payong |
| Nurul Hidaya, Log Pond |
| Nurul Hasanah, Sg. Gading |
| Nurul Sakinah, Balung |
| Nurul Haq, Tmn Kinabutan |
| Nurul Faizin, Bndr Sri Indah |
| Nurul Najah, Tmn Megah Jaya |
| Nurul Ikhwan, Felda Umas alamat: http://pastikawasantawau.blogspot.com/ pastitawau@yahoo.com.my |
| PASTI KAWASAN PUTATAN |
| 1) PASTI al-Aqsa, Lot 156, Lorong 2A, Taman Limauan, Kinarut |
| 2) PASTI al-Furqan, Lot 303 Jalan Dinawan 2, Taman Pantai Lok Kawi(Sabindo) Jalan Papar, Kinarut - Ust Zainuddin Lateh – 013-758974 |
| 3) PASTI Nur Fathonah, No 4, Lorong 1, Taman Union, Pekan Putatan – Ust Akmal 013-8510199 |
| 4) PASTI ar-Raihan, Surau al-Firdaus, Kg Sri Pandan, Jalan Bukit Vor, Perkampungan Pasir Putih, Putatan |
| 5) PASTI al-Hidayah, Surau Quarters Keretapi, Tanjung Aru Kota Kinabalu. – Cikgu Firusah 088-266904 |
| 6 ) PASTI al-Hikmah, No 2, Lorong Selunsung E, Taman Sempelang Sembulan 88100 Kota Kinabalu – Cikgu Firusah 014-8745157 |
| 7) PASTI Nurul Hasanah, Surau Perumahan Bukit Padang, Quarters Flat Hospital Mesra Bukit Padang, Jalan Kolam Luyang, Kota Kinabalu. -Cikgu Wahyu 013-8607242 |
| 8) PASTI al-Amal, Kg Likas Kota Kinabalu. Cikgu Kasminah Sulaiman - 016-8382621 |
| PASTI KAWASAN SEPANGGAR |
| 1) PASTI asy-Syifa’, No 12 Lorong Pokok Seraya 5F/1 Taman Khidmat, Kolombong. Cikgu Musriani – 016-8135500 |
| 2) PASTI ar-Rahman, No 15 Jalan Raja Udang 3a, Taman Kingfisher, Likas - Cikgu Musriani – 016-8135500 |
| 3) PASTI an-Najah, No 55 Lorong 12 Fasa 1, Taman Kuala Menggatal - Cikgu Musriani - 016-8135500 |
| 4) PASTI Kg Lobou, Menggatal |
| 5) PASTI as-Solihin, Lorong 14 Taman Puterajaya Telipok - Cikgu Musriani - 088-412512 |
| PASTI KAWASAN KOTA MARUDU |
| 1) PASTI al-Hikmah, No 45 Taman KDC, Jalan Pekan Baru 89108 Kota Marudu - Cikgu Zakaria Ali Hanafiah - 019-9745489 |
| 2) PASTI Pinggan-Pinggan, Peti Surat 441, 89108 Kota Marudu - Ust Wan 019-8808047 |
| PASTI KAWASAN KUDAT |
| 1) PASTI al-Furqan, Jalan Taman Tanjung Kapur, 89057 Kudat – Cikgu Samad – 013-8639117 |
| PASTI KAWASAN KOTA BELUD |
| 1) PASTI al-Firdaus, Pekan Kota Belud D/A Datuk Ismail Gimbad, Peti Surat 147, 89150 Kota Belud – Ust Mustaqim Aling -014-8515289 |
| PASTI KAWASAN TUARAN |
| 1) PASTI al-Iman, Peti Surat 366 89208 Tuaran – 088-793103 (Cikgu Anisa Sakim) |
| PASTI KAWASAN PAPAR |
| 1) PASTI Nor Mawaddah, S8 Taman Papar, Kg Sungai Padang Papar – Ust Salim 019-8102728 |
| PASTI KAWASAN BEAUFORT |
| 1) PASTI Darul Falah, No. 5 Taman Inti Subur, 89808 Beaufort – Ust Razali 019-8208489 |
Monday, November 2, 2009
Tahniah kepada PAS Tawau
Sumber berita: http://matbulan.blogspot.com/
Kelantan,Sabtu : Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak PASTI Kawasan Tawau yang telah dianugerahkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik di Malaysia pada majlis sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang diadakan di Kota Bahru pada 31 Oktober 2009 baru-baru ini.Majlis yang dirasmikan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah berlangsung selama 3hari bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2009.

Hadiah kepada penerima anugerah telah disampaikan oleh YB Hj Che Abdullah bin Mat Nawi ADUN N-04,Wakaf Bahru merangkap EXCO kerajaan negeri Kelantan yang telah merasmikan penutupan majlis tersebut. Pengerusi PASTI Kawasan Tawau,sdr Karim Dulah yang menerima penganugerahan tersebut bagi mewakili PASTI kawasan Tawau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkorban tenaga,masa dan wang ringgit demi memastikan agar PASTI Kawasan Tawau terus diterima oleh masyarakat umum seterusnya boleh sampai ke tahap sekarang ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Unit Media dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah tidak bertanggungjawab dengan kehilangan atau kerosakan disebabkan maklumat di dalam laman blog ini